Aku sehelai baju GREEN
Aku sehelai baju GREEN. Aku dilahirkan bersama-sama rakanku disebuah kilang pembuatan baju yang tempah khas oleh pihak Khazanah (aku raselarr...main teka jer..)…tidak seperti aku pada tahun lepas yg berwarna putih, pada kali ini aku ber’wajah’ baru, dengan hitam adalah warna rasmiku beserta jaluran hijau kegemilangan pada bahuku…tidak lupa juga sulaman lambang kemegahan, Khazanah Nasional Berhad dihadapan dan dibelakangku serta logo GREEN dihadapanku…dikalangan aku, terdapat rakan2ku yg mempunyai ‘tangan’ yang panjang, manakala aku pula ber’tangan’ pendek…aku dimaklumkan bahawa kaumku dikhaskan untuk para2 lelaki, manakala rerakan taulanku yg bertangan panjang untuk wanita…terdapat seramai 250 rakan seperjuanganku yang dilahirkan dikilang ini…
Aku dilipat dan dibungkus kemas didalam plastik…bersama2 aku ialah rakan2 dari ‘spesis’ yang lain seperti cap, beg, fail, buku panduan dan lain2 lagi…aku seronok dapat berkenalan dengan mereka dalam waktu yang sangat singkat…
Tiba pada harinya, aku bakal diedarkan kepada ‘manusia’2 yg bertuah yg layak memasuki program GREEN ini…aku dapat melihat rakan2ku yg lain telah mendapat tuan empunya badan…aku hanya menanti dahulu buat sementara waktu…
Sekitar pukul 4:30 ptg, terdapat seorang jejaka kachak tampan menawan kalbu kelihatan mendaftarkan diri…setelah beliau duduk pada beberapa kerusi, akhirnya beliau tiba di kerusi dimana aku telah diletakkan…setelah ‘perjanjian’ telah dimeterai, maka secara rasminya aku diserahkan kepada jejaka ini...aku sungguh bertuah kerana serta-merta, aku dapat merasakan terdapat ‘simbiosis’ diantara kami serta terus dapat berasimilasi sesama sendiri…
Tuan aku sangat bebesar hati kerana dapat menyarungkan aku, manakala aku pula sanggat berbangga kerana menjadi ‘pelindung’ tuan aku dihari2 hujan dan panas…apabila terdapat aktiviti2 tertentu yang dijalankan, tuan aku hampir pasti akan memilih aku…sebagai contoh, ketika sukaneka, senamrobik, teambuilding, lawatan ke Nur Salam beserta motivation camp…walaupun aku juga perlu beralah juga kepada ‘rival’ dibeberapa waktu yang lain kerana tuan aku juga tidak sanggup ‘mencemarkan’ diriku dengan tempoh yg begitu cepat…
aku dan tuan aku yg sama hensem macho bergaya....ni cam nak angkat bakul diri jerr..huahuahuau...
‘rumah’ tetap aku adalah didalam suatu ruang tertutup yg agak gelap dan menakutkan, dan aku tinggal bersama2 rakan2 ‘rival’ku yang lain…hanya apabila ruang ini dibuka oleh tuan aku, maka dapatlah aku melihat pancaran cahaya yg berkilauan dari luar…hampir sepanjang masa aku mengharapkan tuan aku akan mengambil aku, namun aku harus sedar bahawa fungsi aku adalah pada waktu dan keadaan tertentu sahaja…aku akui aku sangat jeles apabila diwaktu pagi, tuan aku akan mengambil pesaing aku yg kebanyakkannya ber’tangan’ panjang serta mempunyai ‘lebihan kulit’ dileher mereka, manakala aku tiada, serta perut mereka berkebolehan untuk dibuka dan dicantumkan semula (aku juga tiada)…tetapi aku boleh bergembira diwaktu petang kerana agak sentiasa dipilih oleh tuan aku untuk aku menunjukkan kebolehanku..hahaha…
setelah tamat program GREEN tersebut, aku tidaklah begitu aktif sangat, walaupun aku kadangkala dibawa oleh tuan aku dibeberapa tempat…aku pernah dibawa berbuka puasa bersama rakan2 tuan aku, serta dibawa pulang kekampung dihari raya…
namun, satu hari yang
namun, spekulasi aku menyatakan bahawa aku tidak di’kepit’ dengan kemas menyebabkan pada suatu hari, aku tidak mampu menahan badai yang bergelora, lalu aku pon terbayang melayang ke angkasa serta jatuh ke atas jalan bagaikan buah durian yang masak…aku ni dahle masih koma, pastu terantuk kat jalan, rasenye mungkin aku hampir nazak kot..aku bermimpi ngeri…aku bermimpi bahawasanya aku telah ‘dihimpit’ oleh suatu yang sangat berat…aku juga merasakan terdapat ‘makhluk’ yang mencakar2 aku…aku terase kulitku menggelupas, seperti ianya tertanggal dariku…aku menjerit kesakitan, namun siapalah yang dapat mendengar jeritan batinku ini..huuuu…
akhirnya, setelah melalui tempoh2 ‘neraka’, maka aku kembali tersedar dari komaku, aku dapati aku berada dalam dakapan tuan aku semula…aku berasa gembira, namun aku terlihat tuan aku tidak mempunyai reaksi yang sama juga…malah kelihatan begitu bengis sekali menyebabkan aku menjadi takut…tuan aku melihatku dari atas ke bawah, serta ke atas kembali, dan berulang-ulang…nampaknya ada sesuatu yang tidak kena terhadap diriku…aku pun sebenarnya merasakan begitu juga, pedih semacam je…apabila aku melihat diriku, maka…
AKU TELAH MENJADI CACAT!!
OH TIDAK, KULITKU TELAH MENGGELUPAS! PERIT SUNGGUH!
LAMBANG KEMEGAHANKU TELAH DIKIKIS!
AKU DISIAT HIDUP-HIDUP!
LEHERKU TELAH TERBURAI!
Ohhhh, ape sudah jadi pada diriku…siapalah punya angkara yang sanggup melakukan perbuatan yang menyayat hati kepada diriku ini…patutlah tuan aku tidak lagi memandang aku seperti dahulu, ketika zaman2 kemegahan kami bersama…serta-merta, tuan aku terus menggantungku didalam ‘kubur’ yang tertutup serta gelap…yang pastinya, aku telah dianggap ‘mati’ oleh tuan aku…aku juga merasakan bahawa hayat aku berakhir disini sahaja..namun, akan ku kenangkan kenangan manis aku dan tuan aku selama ini sampai bila2…
menunggu masa untuk di-RIP kan..gudbai baju GREEN...
PS – amacam? Ade rase cam karangan autobiografi darjah 1 tak? hehehe…anyway, mmg hampes arr sape yg buat baju aku camni…bukan senang nak dpt baju nihh…WARGHH!!
kenapa aku rasa nak gelak berdekah2..eheh..
sabar shaggy..ada hikmah tuuuuu
Posted by Qider | Wednesday, February 11, 2009 8:48:00 AM
haha kelakor bace entry ni.
xsangke baju green tu shaggy yg punyer.
aku sbgai cikgu pjk ko, memberi 3 setengah bintang dari 5 bintang.
tp boleh dpt 5 bntng kalo ko tampal gambar ko tgh mempakai baju yang dah tersiat tu.
cube lagii ye
Posted by Anonymous | Thursday, February 12, 2009 3:32:00 AM
xsemena2nya aku xleh bergaya aka koya "Saya seorang pekerja Khazanah Nasional" di khalayak ramai :p...
hish xleh pakai baju yg koyak2 nih, mewarisi kepapaan lak...aku ni dah le mmg sengkek je la ni..
Posted by Shah-Azz, Inc. | Wednesday, February 18, 2009 3:46:00 PM